BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 6 November 2011

Kegagalan Yang Mengajar..

               "Mak ayah, orang janji takkan menangis lagi kalau kena duduk asrama.( hostel )".Itulah yang pernah aku katakan pada orang tuaku pada pagi aku mendaftar diri di Uitm. Aku tahu aku pernah menangis waktu aku dimasukkan ke sekolah berasrama penuh sewaktu aku sekolah menengah dulu. Aku tahu keputusanku itu sangat menyedihkan ibu bapaku terutamanya ayahku yang ingin sekali melihat aku menjadi seorang doktor. memang tidak dinafikan, aku ditawarkan belajar di sekolah yang semuanya terdiri daripada golongan yang cerdik pandai. Kawan karibku juga pada masa itu turut sama ditawarkan di sekolah itu. Tetapi entah kenapa aku seakan-akan tidak dapat menyesuaikan diri aku di sekolah itu. Pelbagai alasan aku berikan pada ayah ketika itu sehingga ayah mengambil aku pulang.

               Akhirnya,aku menerima kembali tawaran sebuah sekolah bestari yang berstatus harian kerana berhampiran dengan rumahku. Sekurang2nya, aku masih lagi belajar di sekolah yang hebat setanding sekolah asrama ku dulu. Namun, aku tahu, ayah masih lagi kecewa dengan keputusanku itu. Di sana, bermulalah kehidupanku yang mana aku dikelilingi kawan2 sekolah rendahku yang turut sama ditawarkan di sekolah itu. Mulanya, semuanya berjalan seperti biasa. Namun, jiwa remaja yang baru melonjak naik untuk enjoy telah mempengaruhiku sehingga aku lalai dalam pelajaranku. tanggal hujung tahun 2003, keputusan PMR diumumkan. Aku hanya mendapat 5A3B sahaja. Aku sangat kecewa.Apatah lagi kedua ibu bapaku tetapi mereka langsung tidak memarahi atau menegur keputusanku. 2004, aku mengambil keputusan mengkreditkan subjek biologi dalam subjek pilihanku.

               Ku sangkakan yang diriku sudah insaf untuk semakin kuat belajar,tetapi naluri remaja untuk enjoy bersama kawan2 mula melemahkanku. Genap 16 tahun,aku sah memiliki lesen motor. Diberinya aku sebuah scooter. Dari situ,aku semakin ligat dengan rakan2ku menghadiri dan mengikuti autoshow2 dan competition scooter bersam kwn2 scooter ku. Walaupun aku tidak bertanding,minat yang mendalam menyebabkan aku selalu join kwn2ku. Dari airbrush kartun "dexter" sehinggga " Shin Chan", aku mekapkan scooter ku agar nmpak cantik. Siap berwarna pink lagi. Wah,betapa seronoknya aku ketika itu. SPM mula menghampiri.Aku hanya sekali sekala menatap buku2 ilmiah. Add Math, Fizik, Bio, Kimia,semuanya aku anggap mudah dan aku bisa menjawabnya dengan mudah. Sehinggalah aku mendapat keputusan yang mana aku tidak layak untuk ditawarkan oleh mana2 matrikulasi bagi melanjutkan bidang di dalam kedoktoran. dari situ,aku mula sedar bahawa aku sudah tidak bisa memutar kembali jam.

              Akhirnya, aku tidak memohon mana2 universiti dan terus menyambung STPM ku. Inilah satu2nya cara ku untuk melanjutkan pelajaran di universiti kelak. Tamat belajar, aku bekerja dan tidak mahu menyambung pelajaran lagi. Selama 2 tahun aku bekerja. Mulanya, gaji Rm1000 ku rasakan cukup. Rupanya tidak. Tetapi,kerja tetap kerja. Sehinggalah pada suatu hari, aku pernah terdengar ayahku berkata, " dulu hantar sekolah pandai, nak lari pulak.Yang kita nie nyaris2 nak accident dalam semak dan longkang sebab mengantuk nak p ambik dia bawak balik. Pastu,lani kerja dah tak mau belajaq dah". Aku tersentap. Aku sendiri tidak ingat tarikh tersebut.

              Dengan bantuan seorang customer di tmpat aku bekerja, aku pon memohon universiti. Sedang leka bekerja, aku menerima sms untuk memeriksa tarikh temuduga universiti dalam bidang komunikasi. Lantas, aku bangun menuju bilik bos ku dan memintanya memeriksakan untukku. "Tahniah",ucap bos ku. Seterusnya, aku menghadiri temuduga. Selang beberapa minggu,aku berjaya ditawarkan. Gembira bukan kepalang keluargaku. Berbekalkan sokongan keluarga, bos, dan kwn2 dan kwn kerja, aku melangkah ke alam universiti. satu demi satu pengalaman ku perolehi.

             Dari tidak pernah menaiki bas rapid,aku belajar semua itu. Dari seorang yang malas ke library,aku menjadi semakin rajin ke sana. Dari seorang yang tidak suka meggi,aku telan semua itu dalam perutku. Dari seorang yang suka melepak bersama kwn2 di hujung minggu, aku menjadi seorang yang gemar duduk di kolej menyiapkan assignmentku. Adakah ini semua tanda2 kekuatanku untuk terus berjaya?Ya!aku harus sentiasa bersedia dan positif dalam mengharungi liku2 sebagai seorang pelajar. Aku harus kuat dan tabah demi untuk mencapai cita2 ku. Ibu ayah, walaupun anakmu tidak berjaya sebagai seorang doktor, namun, akan aku cuba untuk mendapatkan title "Dr Rabitah" jika aku berkesempatan mendapatkan PhD suatu hari nanti. Hanya doa mu, doa kwn2 dan doa guru2 yang aku perlukan setiap masa.

            Ibu ayah, anakmu sedang berubah untuk berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan insan2 lain yang telah berjaya. Tidak akan ku sia-siakan peluang yang ada demi memberi ayah dan ibu segulung ijazah. Setiap keringat dan doa mu akan ku balas suatu hari nanti walaupun jasa dan pengorbananmu tidak mampu ku balas sehingga akhir hayatku. Masih ku ingat dalam ingatanku, sambil menangis, aku pernah berkata sewaktu keseorangan di dalam bas Uitm setelah ayah dan ibu ku pulang dari menghantarku, " kali ini orang menangis kerana kesedihan berpisah dengan ayah dan mak, tetapi insyaallah, setelah tamat belajar, akan org menangis kegembiraan sebagai hadiah kepada mak dan ayah". Ya Allah,kuatkanlah aku seperti mana kau kuatkan aku sewaktu di sekolah rendah dahulu.

           Kegagalan lalu tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya. Namun,hanya Tuhan yang menentukan takdir kita.

0 comments: