BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 31 October 2011

Kesan Kebiadaban Dunia Siber


Mengulas kepada artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia yang ditulis oleh Dr Rahmat Ghazali bertajuk Kesan Kebiadaban Dunia Siber, dapat dirumuskan bahawa dunia siber semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna- pengguna internet untuk melontarkan  pandangan dan buah bicara internet dengan cara yang biadab.

Biadap lidah, punahlah hormat. Dewasa kini, kebiadaban manusia terutamanya pengguna internet semakin menggusarkan banyak pihak. Ke mana perginya adab dan kesopanan masyarakat Malaysia dalam konteks pertuturan bahasa di dunia siber dalam mengemukakan pandangan atau kritikan baik secara peribadi mahupun secara umum. Laman-laman sosial misalnya seperti facebook,twitter atau pun melalui blog seringkali disajikan dengan hidangan kata-kata keat, sumpah-seranah serta makian untuk pengguna memberikan pandangan,kritikan atau hujahan mereka. kata-kata kesat dan bahasa-bahasa kesat yang digunakan ibarat pencuci mulut tatkala pengguna-pengguna ini melontarkan buah bicara atau pandangan dan kritikan terhadap apa jua isu tanpa memikirkan sensitiviti individu atau pihak yang terkena pahit tempiasnya.
Lebih memilukan apabila kebiadaban pengguna-pengguna internet ini boleh menimbulkan kekecohan dan pergaduhan terutama sekali apabila ianya melibatkan sensitiviti kaum, agama dan politik.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dalam perlembagaannya. Justeru, setiap warganegara yang berdompetkan "My Kad" mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan memberikan pendapat masing-masing. Tetapi, adakah kebebasan yang diperolehi ini membolehkan individu-individu yang berlidah tajam ini menjadikan landasan kebebasan ini sebagai kebebasan mutlak bagi mereka untuk bersuara sehingga mengabaikan etika sebagai manusia yang beradab dan bertatasusila.

Laungan slogan 1 malaysia sering mendapat liputan baik melalui media cetak atau media elektronik.Usaha memantapkan keharmonian pelbagai bangsa seperti  melayu, Cina dan India adalah usaha bersama dalam mencapai gagasan 1 Malaysia. Namun, kebiadaban sesetengah individu di alam siber dengan penggunaan bahasa-bahasa kesat untuk memaki dan menghina bangsa lain mahupun bangsa sendiri dilihat berpotensi menjahamkan segala usaha memartabatkan kemampapan keharmonian dalam negara.

Penulisan yang menyentuh sesitiviti kaum dan hal-hal yang menggugat kehamonian negara boleh dibawa ke muka pengadilan

Penulisan yang negatif boleh mengundang kemarahan segelintir pihak
Pengguna di dunia siber semakin hilang rasa hormat terhadap individu dan pihak lain sedangkan slogan "Budi Bahasa Budaya Kita" acapkali berkumandang di corong-corong radio dan di skrin televisyen. Apakah slogan ini sekadar tinggal slogan sahaja?Jawapannya adalah mungkin "ya" jika keberlangsungan sikap kebiadaban pengguna di dunia siber masih tiada halangan dan pencegahan sewajarnya. Jika dilihat dari sudut etika kewartawanan, wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam menunjukkan contoh yang baik terutamanya dalam menulis, mengupas dan memberitakan sesuatu isu  terutama dalam isu-isu sensitif tanpa mempamerkan dan mempraktikkan sikap tidak beretika seperti memfitnah dan mengaibkan pihak yang terlibat.